SHAH ALAM: Pelaksanaan ujian saringan COVID-19 dan influenza ke atas pelancong dari China sebelum memasuki Malaysia perlu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, ia susulan terdapat laporan mengenai peningkatan penyakit berkaitan pernafasan dan radang paru-paru melibatkan kanak-kanak di negara berkenaan.
“Meskipun sekarang ini kita tidak tahu keputusan ujian makmal mengenai penyakit berkaitan pernafasan di China itu tapi lebih baik kita mengambil langkah pencegahan awal dengan membuat ujian saringan terutamanya bagi mereka yang mempunyai simptom.
“Tidak salah untuk kita mengenakan syarat sedemikian kerana keutamaan kerajaan ialah untuk menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan terhadap peningkatan kes COVID-19 dan influenza di negara ini dan syor kepada kerajaan susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India yang memasuki Malaysia bermula Jumaat ini.
Sementara itu, Sharifa Ezat turut mencadangkan supaya rakyat Malaysia khususnya golongan yang berisiko memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam atau kawasan sesak.
Menurutnya, meskipun dijangka tidak berlaku jangkitan COVID-19 yang luar biasa, namun warga emas, kanak-kanak dan kumpulan yang mempunyai penyakit kronik tetap mempunyai risiko tersendiri.
“Kalau berdasarkan laporan, kes COVID-19 yang dicatatkan ketika ini tidak membimbangkan dan hanya melibatkan simptom biasa,” ujarnya.
Katanya, orang ramai juga disaran untuk sentiasa membuat ujian saringan COVID-19 dan influenza secara kerap memandangkan banyak kes dilaporkan berlaku ketika ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini memaklumkan sebanyak 2,305 kes COVID-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-46 (ME 46/2023) iaitu dari 12 hingga 18 November lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 01 2023
Sharifa (gambar kecil) berkata, tidak salah untuk Malaysia mengenakan syarat ujian saringan ke atas pelancong China kerana keutamaan kerajaan ialah menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] Pendaki Malaysia maut ketika daki gunung tertinggi Amerika Utara
Seorang daripada tiga pendaki Malaysia maut ketika mendaki Gunung Denali, Alaska yang merupakan puncak tertinggi di Amerika Utara.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Selain Biden, Menteri Luar UK, David Cameron membawa nada yang sama bahawa Hamas mesti menerima cadangan perang Gaza yang diumumkan Presiden Amerika bagi pihak Israel.
Hamas bersedia berurusan secara positif dengan Israel
Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan kesediaannya untuk berurusan secara positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Neville nasihat Manchester United kekalkan Ten Hag
Khabar angin bertiup sejak beberapa bulan lalu bahawa Ratcliffe dan INEOS bakal memutuskan untuk memecat Ten Hag selepas EPL berakhir.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Islam ada kejutan buat Poirier
UFC 302 yang berlangsung di Newark, New Jersey, pada Ahad turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Nurmagomedov ke Oktagon.
Kerajaan kawal rapi kemasukan pelancong asing - PM Anwar
Anwar menambah, kerajaan juga tidak mengambil kira dari mana pelancong asing itu datang dalam melakukan pemeriksaan ketika memasuki negara.
Kemasukan pelancong China, Kabinet Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan
Kabinet Sabah akan menetapkan polisi baharu sebagai persediaan berdepan gelombang atau varian baharu COVID-19 serta menangani kemasukan pelancong China.
Pelancong warga emas cedera diragut di hadapan KLCC
Mangsa cedera di kepala dan muka selepas diragut di hadapan KLCC, Jalan Ampang, Jumaat lalu.
40 pelancong China nyaris rentung di Sabah
Semua mangsa berjaya menyelamatkan diri termasuk pemandu bas dan dua pemandu pelancong sebaik menyedari berlaku kebakaran.
Kementerian beri MITA lesen sementara bertutur bahasa Mandarin
Presiden MITA Uzaidi Udanis berkata oleh kerana China adalah pasaran pelancongan penting bagi Malaysia, beliau berharap langkah itu akan membantu meningkatkan kedatangan pelancong China.